Sekolah Sukan Bukit Jalil

Penjana Atlet Bertaraf Dunia

Notis dan Pengumuman

Lensa

Berita dan Aktiviti

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
🏆🌟 TAHNIAH & S

🏆🌟 TAHNIAH & SYABAS, WIRA DAN WIRAWATI SSBJ! 🌟🏆
Sekalung tahniah dan syabas kepada atlet-atlet Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) atas pencapaian membanggakan dalam Liga Sukan KPM 2026! 👏🔥

🏐 BOLA JARING – LIGA KPM SUPER 2026
🥇 NURALIYA ZARITH SOFEA
🏅 Anugerah Penjaring Terbanyak (Top Scorer)

🏆 SEPAK TAKRAW – LIGA KPM BAWAH 16 TAHUN 2026
🥇 WAN MUHAMMAD AZIEQ BIN WAN MOHD ZAKI
🏅 Anugerah Apit Kanan Terbaik

🥇 MUHAMMAD AIDIL BIN ISMAIL
🏅 Anugerah Tekong Terbaik

🥇 MUHAMMAD DANISH IRFAN BIN BERIULDAINI
🏅 Anugerah Apit Kiri Terbaik

Kejayaan luar biasa ini menjadi bukti kehebatan bakat, disiplin, ketekunan dan semangat juang tinggi atlet-atlet SSBJ dalam arena sukan negara.

Lebih membanggakan, ketiga-tiga anugerah pemain terbaik sepak takraw bawah 16 tahun berjaya dibolot oleh atlet SSBJ! 💪

Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan jurulatih, guru dan semua pihak yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan ini.

Teruskan melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama SSBJ di persada sukan tanah air!

#BahagianSukanKokurikulumdanKesenian
#milomalaysia
#kementerianpendidikanmalaysia
#jpwpkltop5
#jiwakental
#semangatbaharu
#5terasstrategijpwpkl
#8prinsipjpwpkl
#32inisiatif32tindakan
#cgmai
... See MoreSee Less

🏆🎉 TAHNIAH & S

🏆🎉 TAHNIAH & SYABAS, WIRA DAN WIRAWATI SSBJ! 🎉🏆

TIGA PASUKAN, SATU SEMANGAT, SATU KEBANGGAAN! 💪🔥

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet-atlet Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) atas kejayaan cemerlang dalam Liga Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2026!

🥇 OLAHRAGA 🏃‍♂️🏃‍♀️
Kejayaan membanggakan dengan pungutan 4 pingat emas, 5 pingat perak dan 3 pingat gangsa dalam Sirkuit Akhir Liga Sukan KPM 2026!

🏆 BOLA JARING 🏐
JOHAN LIGA SUKAN KPM 2026!
Tahniah kepada pasukan bola jaring SSBJ atas kejayaan bergelar juara!

🏆 SEPAK TAKRAW 🔥
JUARA LIGA KPM SIRKUIT 3!
SSBJ Ravens menewaskan SSN Kedah dengan keputusan 2–0, sekali gus membuktikan kehebatan dan semangat juang yang luar biasa!

Kejayaan ini merupakan hasil disiplin, komitmen, kerja keras dan semangat berpasukan yang tinggi, di samping bimbingan gigih para jurulatih serta sokongan seluruh warga SSBJ.

Teruskan mengukir kejayaan, mengharumkan nama sekolah dan membina legasi kecemerlangan sukan negara!

SSBJ PENJANA ATLET BERTARAF DUNIA!

#BahagianSukanKokurikulumdanKesenian
#milomalaysia
#kementerianpendidikanmalaysia
#jpwpkltop5
#jiwakental
#semangatbaharu
#5terasstrategijpwpkl
#8prinsipjpwpkl
#32inisiatif32tindakan
#cgmai
... See MoreSee Less

TAHNIAH DAN SYABAS A

TAHNIAH DAN SYABAS ATAS PELANTIKAN JAWATAN BAHARU!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:

🌟 ENCIK SHARIMAN BIN OTHMAN atas pelantikan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

🌟 PUAN KHAMISAH BINTI MD YUSOF atas pelantikan sebagai Guru Penolong Kanan Prauniversiti.

Berkuat kuasa: 12 Oktober 2026

Semoga amanah dan tanggungjawab baharu ini dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan serta menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang buat Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Selamat menjalankan tugas dan terus melakar kecemerlangan demi warga SSBJ!
... See MoreSee Less

Sekilas

Fakta SSBJ

Tahun Penubuhan
0
Gred Purata Sekolah 2025
0
Atlet Murid
0
Jenis Sukan
0 +
Guru Berpengalaman
0
Anggota Kumpulan Pelaksana
0
Jurulatih Profesional
0
Alumni di Peringkat Olimpik
0 +
Atlet Olimpik Mewakili Malaysia
0 +
Pemenang Pingat Olimpik
0

Keseimbangan

Akademik dan Sukan

Akademik

Pencapaian akademik yang cemerlang seiring dengan kecemerlangan sukan.

Sukan

Jadual latihan intensif di bawah bimbingan jurulatih profesional.

ekosistem

sukan berprestasi tinggi

  • Unit Fisioterapi

    Penjagaan fizikal adalah keutamaan kami. Melalui pemantauan biomekanik dan intervensi fisioterapi yang pantas, kami merangka program pemulihan optimum bagi mengurangkan risiko kecederaan serta memastikan atlet sentiasa bersedia pada tahap maksimum.
  • Unit Dietetik

    Bahan api yang tepat melahirkan sang juara. Pakar dietetik kami merangka pelan nutrisi dan kalori bersasar di dewan makan asrama, disesuaikan sepenuhnya dengan keperluan tenaga spesifik mengikut fasa latihan dan profil sukan atlet.
  • Psikologi Sukan

    Kekuatan fizikal perlu dipandu oleh minda yang kebal. Sokongan psikologi sukan secara berterusan membantu atlet membina ketahanan mental, menguruskan tekanan perlawanan (performance anxiety), dan mengekalkan fokus yang tajam di saat-saat kritikal.
  • Jurulatih Profesional

    Program latihan dirangka dan dikendalikan secara langsung oleh barisan jurulatih bertauliah berkelas dunia, termasuk bekas-bekas atlet kebangsaan. Mereka menerapkan taktikal moden, sains pergerakan, dan strategi permainan bertaraf antarabangsa.
  • Kemudahan Fasiliti

    Dilengkapi dengan gimnasium berprestasi tinggi dan kelengkapan latihan terkini. Kedudukan strategik SSBJ turut memberikan akses eksklusif kepada atlet untuk menggunakan kemudahan bertaraf Olimpik kelolaan Majlis Sukan Negara (MSN) di sekitar Kompleks Sukan Bukit Jalil.

legasi

juara ssbj

legasi juara ssbj

Datuk Pandalela Rinong

Terjun

legasi juara ssbj

Lee Zii Jia

Badminton

legasi juara ssbj

Datuk Muhd AzizulHasni Awang

Basikal

penjana Atlet Bertaraf Dunia