Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya, laman web rasmi Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini dapat diterbitkan sebagai wadah perkongsian maklumat, pencapaian serta aktiviti warga sekolah kepada masyarakat umum.
Sebagai sebuah institusi pendidikan sukan yang unggul, SSBJ terus komited melahirkan atlet berwibawa dan pelajar berilmu yang mampu bersaing di peringkat dunia. Kami bukan sahaja memberi tumpuan terhadap kecemerlangan sukan, tetapi turut menitikberatkan kualiti akademik dan sahsiah pelajar agar seimbang dari semua aspek.
Selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), warga SSBJ mendukung usaha membentuk modal insan holistik dan berdaya saing. Penerapan nilai disiplin, semangat juang tinggi dan integriti menjadi teras dalam setiap aktiviti sekolah.
Dalam era digital dan kepesatan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), kami turut berusaha menyesuaikan kaedah pembelajaran agar lebih interaktif dan relevan dengan keperluan semasa pendidikan moden.
Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada KPM, BSKK, KBS, KKM, MSN, ISN, PIBG, Alumni SSBJ, serta semua pihak yang sentiasa menyokong usaha sekolah dalam memperkasa slogan:
“SSBJ Penjana Atlet Bertaraf Dunia.”