Sekolah Sukan Bukit Jalil

Menjana Atlet Bertaraf Dunia

-

Kokurikulum

-

Badan Beruniform

-

Bulan Sabit Merah

Guru Penasihat

Siti Nabilah Binti Mior Jalaluddin

Fitriyah binti Ibrahim

Pengenalan

PBSM, Pertubuhan Bulan Sabit Merah adalah sebuah organisasi sukarelawan yang berfungsi untuk memberikan bantuan kemanusiaan, bantuan bencana, dan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

Ia juga dikenali juga sebagai Malaysian Red Crescent Society (MRCS), PBSM merupakan cabang daripada Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

Sejarah

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.

Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.

Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.

Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.

Cogan Kata

Sedia berkhidmat

Visi

Menjadi unit beruniform yang unggul dalam melahirkan pelajar yang berjiwa kemanusiaan, berdisiplin, dan berkemahiran tinggi dalam pertolongan cemas selaras dengan standard kebangsaan dan antarabangsa.

Misi

Berkhidmat kepada warga sekolah dan masyarakat yang memerlukan dengan berkesan melalui latihan, pendidikan kesihatan, dan aktiviti kebajikan.

Bendera

Ikrar

Bahawa kami, ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan pemerintah-pemerintah di negara kami.

Bahawa kami berikrar,
Akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada.

Bahawa kami berikrar,
Akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut:

Kemanusiaan

Kesaksamaan

Keberkecualian

Kebebasan

Khidmat Sukarela

Ketunggalan

Kesejagatan

Lagu

Bulan sabit merah di Malaysia
Giat berjasa untuk negara
Tanpa kaum puak dan agama
Waktu aman atau bahaya
Bulan sabit merah gerakan sedunia
Membantu semua yang derita
Badan sukarela berkhidmat
Dengan tabah dan bersemangat

Di mana jua adanya sengsara
Disana ada kita
Didarat laut kita sedia
Walau diancam bahaya

Bulan sabit merah di Malaysia
Membantu semua yang derita
Badan sukarela berkhidmat
Dengan penuh bersemangat

Maksud Logo