Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.
Bahawasanya Kami
Kadet Remaja Sekolah Malaysia
Berjanji dan Bersetia
Akan Menyemai Semangat Patriotik
Tetap Berdisiplin, Berakhlak Mulia
Berilmu, Beriman dan Beramal
Kami Juga Akan Memupuk Semangat
Keusahawanan, Mencintai Alam Sekitar
Mempunyai Ketahanan Mental dan Fizikal
Bersedia Berkhidmat Untuk Masyarakat
Demi Agama, Bangsa dan Negara
Serta Mendukung
Rukun Agama dan Rukun Negara
Sepanjang Masa Kami Menjadi Ahli Kadet
Kadet Remaja Sekolah,
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang, keamanan Negara,
Menjayakan ilmu, iman dan amal.
Marilah kita membina peribadi,
Membentuk insan yang kreatif,
Ke arah kecemerlangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.
Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta.
Remaja hayati budaya,
Ilmu, iman dan amal,
Kekalkan di hati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah.