Sekolah Sukan Bukit Jalil

Menjana Atlet Bertaraf Dunia

-

Kokurikulum

-

Badan Beruniform

-

Pandu Puteri

Guru Penasihat

Lau Wai Ling

Nur Amalina binti Arham

Pengenalan

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) merupakan salah satu organisasi sukarela yang paling berpengaruh di Malaysia, memfokuskan kepada pembangunan potensi kanak-kanak perempuan dan wanita muda.

Ditubuhkan dengan matlamat melahirkan pemimpin masa depan yang berwibawa, PPPM menyediakan platform untuk ahli-ahlinya membina disiplin, sahsiah diri, dan semangat berkhidmat kepada masyarakat.

Sejarah

Pasukan Pandu Puteri Remaja pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1917. Menjelang tahun 1919, Pandu Puteri telah berjaya ditubuhkan di negeri-negeri Pulau Pinang, di Perak pada tahun 1921, di Negeri Sembilan pada tahun 1924 dan di Melaka pada tahun 1925. Pada tahun 1932, Pandu Puteri juga telah ditubuhkan di Johor dan Kedah. Kedua-dua negeri ini juga adalah yang mula-mula sekali mengadakan kegiatan Pandu Puteri dalam bahasa Melayu.
Pandu Puteri Remaja merupakan sebuah pasukan yang dianggotai oleh remaja perempuan yang berumur diantara 13 hingga 15 tahun. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, barulah mereka dilantik sebagai Pandu Puteri Remaja.  Ahli-ahli yang telah berjaya memperoleh lencana kecekapan memakai selepang di atas baju kemeja.

Cogan Kata

Selalu Sedia

Visi

Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita dalam membawa perubahan

Misi

PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa

Bendera

Ikrar

Bahawa Dengan Sesungguhnya
Saya Berjanji Dan Bersetia
Dengan Sedaya Upaya
Menunaikan Kewajipan Saya
Kepada Tuhan
Raja Dan Negara Saya Malaysia
Menolong Orang Setiap Masa, dan
Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri

Lagu

Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.

Yang cintakan kebenaran,
Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,
setia abadi;
Kebebasan kita tepati,
Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,
kita beri, yang terdaya.

Maksud Logo