Program Prauniversiti ini telah dilaksanakan sejak tahun 2000 melalui kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), berdasarkan keputusan Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 5/2000 bertarikh 1 Mac 2000.
Program ini diiktiraf setaraf dengan Program Matrikulasi KPM dan diterima sebagai salah satu syarat kemasukan ke IPTA.
Pelaksanaannya bertujuan untuk memberi peluang kepada atlet negara memperoleh kelayakan akademik yang diiktiraf bagi melanjutkan pengajian ke peringkat program sarjana muda (bachelor) di IPTA.
Kurikulum Program Prauniversiti ini dijalankan selama dua tahun (empat semester).
Untuk melayakkan diri menerima Sijil Program Prauniversiti KPM–KPT–MSN, atlet perlu lulus sekurang-kurangnya dua kursus teras dan mencapai PNGK melebihi 2.00.