Sekolah Sukan Bukit Jalil

Menjana Atlet Bertaraf Dunia

-

Prauniversiti

-

Info Prauniversiti

-

Permohonan Kemasukan

SYARAT DAN PROSEDUR

PENGAMBILAN ATLET MURID KE PROGRAM PRAUNIVERSITI DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA (SSM)

Calon lepasan SPM boleh memohon ke SSM pada bulan Mac hingga April dan dilaksanakan hanya 1 (satu) kali setahun iaitu untuk Ambilan Julai melalui Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia https://prau.moe.gov.my

1.0 Syarat-syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah;
  • Mewakili negara/berpotensi mewakili negara;
  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan;
  • Hendaklah mendapat perakuan dan diikhtiraf oleh Majlis Sukan Negara/Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK);
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit;
  • Tawaran hanya sah sekiranya pelajar bersetuju menerima SSM yang ditawarkan.

2.0 Syarat-syarat Khas

A. Aliran Sains

Sekurang-Kurangnya Mendapat Kepujian Dalam Mata Pelajaran Matematik Moden dan Bahasa Inggeris, serta lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut:

  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik Tambahan
  • Teknologi Maklumat
  • Perdagangan
  • Ekonomi Asas
  • Prinsip Akaun
  • Bahasa Inggeris
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Rekacipta
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Sains Sukan

B. Aliran Pengurusan

Sekurang-Kurangnya Mendapat Kepujian Dalam Mata Pelajaran Matematik Moden dan Bahasa Inggeris, serta lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut:

  • Perdagangan
  • Ekonomi Asas
  • Prinsip Akaun
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Rekacipta
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Sains Tambahan
  • Teknologi Maklumat
  • Sains Sukan
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral

C. Aliran Kemanusiaan

Sekurang-Kurangnya Mendapat Kepujian Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris, serta lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut:

  • Perdagangan
  •  Ekonomi Asas
  • Prinsip Akaun
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Rekacipta
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Sains
  • Teknologi Maklumat
  • Sains Sukan
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Geografi

3.0 Panduan Permohonan

Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:

  1. Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap. Kemudian, tekan butang SIMPAN
  2. Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruang berikut dengan lengkap
    • Ruang E. Ulasan Jurulatih
    • Ruang F. Ulasan PK Sukan / PK Ko Kurikulum
    • Ruang G. Perakuan
    • Ruang H. Pengesahan
  3. Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada :

Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)

Nota Penting :
Borang yang TIDAK LENGKAP dan LEWAT diterima tidak akan diproses.