Sekolah Sukan Bukit Jalil

Menjana Atlet Bertaraf Dunia

-

Sukan

-

Unit Sains Sukan Gunaan

-

Unit Dietetik

PENGENALAN

Dietetik adalah merupakan satu bidang yang mengaplikasikan prinsip-prinsip diet teraputik dalam perubatan dan kesihatan yang merangkumi aspek promotif, pencegahan, perawatan dan pemulihan bagi atlet murid. Perkhidmatan dietetik dan pemakanan sukan di Sekolah Sukan Malaysia dilaksanakan oleh Pegawai Dietetik yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Dietetik yang diiktiraf.

Perkhidmatan yang diberikan adalah berdasarkan evidence based dan multiprofessional approach yang terlibat dalam pembangunan prestasi sukan. Pegawai Dietetik akan melaksanakan langkah-langkah dalam proses penjagaan pemakanan (nutrition care process) berasaskan model of good care yang melibatkan aktiviti penilaian pemakanan, diagnosis pemakanan, intervensi pemakanan serta pemantauan dan penilaian semula pemakanan.

Misi

Menjalankan perkhidmatan dietetik dan pemakanan sukan kepada atlet murid bagi meningkatkan prestasi sukan secara optimum sebelum, semasa dan selepas pertandingan melalui aspek pemakanan berdasarkan amalan evidence-based terkini di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan serta melibatkan diri dalam kajian dan penyelidikan.

Perkhidmatan Unit Dietetik

01

Melaksanakan analisis komposisi tubuh badan

02

Konsultasi diet kepada atlet murid dan lain-lain

03

Penilaian status pemakanan atlet murid

04

Penilaian status hidrasi

05

Memberi serta mengendalikan ceramah, latihan dan kelas pendidikan pemakanan prestasi sukan secara berterusan

06

Memberi input teknikal keperluan pemakanan atlet murid bagi perkhidmatan makanan.

07

Memberi input dan merupakan pakar rujuk berkaitan penggunaan sports supplement

08

Merancang menu yang bersesuaian untuk atlet murid

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat

8:00 pagi - 5:00 petang

Rehat

Isnin - Khamis

8:30 pagi - 12:15 tengah hari

Jumaat

12:15 tengahari- 2:45 petang

Waktu perkhidmatan kepada atlet murid

  1. Waktu rehat 
  2. Luar sesi pembelajaran di sekolah

CATATAN :

Tertakluk kepada arahan semasa dan pekeliling.

Anggota Unit

NORAL AIMEEN BINTI ABD RAHMAN

AESYAH NADIAH BINTI ALI