Sekolah Sukan Bukit Jalil

Menjana Atlet Bertaraf Dunia

Warden

Warden Asrama SSBJ Tahun 2026

Ketua Warden

Hafizuddin Bin Mohamad Ismon

Ketua Warden

Warden Aspura

Moahamd Zulhamizan Bin Awang Abas

Warden

Zulkefli Bin Shamsudin

Warden

Ahmad Faiz Bin Mohammad Noor

Warden

Mohd Nazril bin Abd Rahman

Warden

Sasikumar a/l Mohan

Warden

Muhammad Syariffudin Bin Bahar

Warden

Warden Aspuri

Zainatul Naddia Binti Ghazali

Warden

Nur Athirah Fitri Binti Abdul Razak

Warden

Rozana Binti bahari

Warden

Nor Emalis Binti Kamarunzaman

Warden

Tugas & Peranan Warden Asrama

Berdasarkan Surat Edaran
Bertarikh : 8 Julai 2022
Rujukan : KPM.100-7/4/7 (12)

GARIS PANDUAN PELANTIKAN DAN PORTFOLIO WARDEN ASRAMA SEKOLAH BERASRAMA DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) VERSI KEMAS KINI FEBRUARI 2025

LAMPIRAN V 

SENARAI TUGAS KETUA WARDEN ASRAMA

Ketua Warden Asrama bertanggungjawab merancang dan mengurus aspek kebajikan, sahsiah, keselamatan dan penyediaan persekitaran yang kondusif untuk murid menginap dan tugasnya merangkumi perkara seperti yang berikut:

  1. Mewakili Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) seperti yang diarahkan;
  2. Memastikan dasar asrama yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Asrama dilaksanakan sepenuhnya;
  3. Menyelia dan menyelaraskan tugas Warden Asrama;
  4. Memeriksa Buku Laporan Harian Warden dan melaporkannya kepada GPK HEM;
  5. Mengadakan mesyuarat dengan Warden Asrama sekurang-kurangnya dua (2) bulan sekali dan merekodkan mesyuarat tersebut untuk dikemukakan kepada PGB;
  6. Bertanggungjawab dalam pengurusan disiplin dan Program Pembangunan Insan di asrama;
  7. Memastikan warden menjalankan tanggungjawabnya;
  8. Memastikan penyelia asrama mengemas kini dan menyediakan data i-asrama;
  9. Membantu mengurus kemasukan murid baru seperti penyediaan borang/dokumen, taklimat kemasukan dan orientasi murid baru;
  10. Membawa dan mengurus murid keluar sekolah semasa kecemasan dengan kebenaran/arahan daripada pihak pentadbir;
  11. Ketua Warden Asrama boleh mengetuai dan secara bergilir mengawasi kelakuan dan keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar sekolah;
  12. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.

GARIS PANDUAN PELANTIKAN DAN PORTFOLIO WARDEN ASRAMA SEKOLAH BERASRAMA DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) VERSI KEMAS KINI FEBRUARI 2025

LAMPIRAN VI

SENARAI TUGAS WARDEN ASRAMA

Membantu Ketua Warden merancang dan mengurus aspek kebajikan, sahsiah, keselamatan dan penyediaan persekitaran yang kondusif untuk murid menginap dan tugasnya merangkumi perkara seperti yang berikut:

  1. Memastikan peraturan asrama dipatuhi dan mengambil tindakan ke atas hal-hal berkaitan disiplin berdasarkan prosedur yang ditetapkan;
  2. Menyemak, menyiasat serta mengambil tindakan susulan ke atas Laporan Harian Ketua/Ahli Jawatankuasa Asrama dan Ketua Dormitori;
  3. Memastikan laporan harian dilengkapkan setiap hari untuk tindakan Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid;
  4. Menyelia, memantau dan merekodkan aktiviti harian dan berkala, contohnya:
    1. Kelas persediaan (Prep);
    2. Waktu solat;
    3. Waktu makan;
    4. Kelas fardhu ain/kelas agama;
    5. Pertandingan antara dormitori;
    6. Makan malam beradab; dan
    7. Aktiviti sukan dan kokurikulum.
  5. Mengadakan pemeriksaan dan roll-call setiap hari/mengikut keperluan;
  6. Memantau Ketua/Ahli Jawatankuasa Asrama bertugas menjalankan roll-call;
  7. Mengurus kebenaran keluar/masuk murid asrama;
  8. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Jawatankuasa Asrama dan Ketua Dormitori;
  9. Mengadakan pemeriksaan dan membuat Laporan Harian Dormitori, bilik-bilik khas, surau, tandas, bilik air, persekitaran dan dewan makan;
  10. Mengurus murid sakit dan urusan yang berkaitan dengannya;
  11. Membuat persediaan untuk mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Asrama:
    1. Minit Mesyuarat terdahulu;
    2. Laporan Bulanan Asrama; dan
    3. Pembentangan aktiviti dan takwim bulan berikutnya.
  12. Mesyuarat/perjumpaan warden dengan Jawatankuasa Asrama sekurang-kurangnya satu (1) bulan sekali;
  13. Membantu mengurus kemasukan murid asrama:
    1. Penyediaan borang/dokumen;
    2. Taklimat kemasukan; dan
    3. Sesi suai kenal murid baru.
  14. Menyediakan takwim serta Jadual Harian Asrama untuk tahun berikutnya;
  15. Mengumpul data/maklumat murid untuk:
    1. Mengesahkan data/maklumat yang disediakan oleh penyelia asrama; dan
    2. Melengkapkan Borang Kutipan Data Asrama ke Jabatan Pendidikan Negeri.
  16. Menganjurkan aktiviti/kursus/seminar/bengkel kepada murid asrama;
  17. Mengadakan perjumpaan dengan waris jika perlu;
  18. Mengadakan latihan kecemasan;
  19. Memantau peralatan, kemudahan serta perkara yang berkaitan dengan keselamatan;
  20. Menyelia dan memantau kebajikan murid berkaitan:
    1. Makanan;
    2. Keselesaan di asrama;
    3. Kesihatan; dan
    4. Keselamatan.
  21. Memantau penyediaan dokumen yang berkaitan dan mengesahkan dokumen.
  22. Memastikan Penyelia Asrama melaksanakan tugas dalam urusan:
    1. Pungutan yuran asrama;
    2. Perkhidmatan pembersihan kawasan;
    3. Kawalan keselamatan; dan
    4. Penguatkuasaan kontrak makanan asrama.
  23. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.