Sekolah Sukan Bukit Jalil

Menjana Atlet Bertaraf Dunia

-

Sukan

-

Unit Sains Sukan Gunaan

-

Unit Fisioterapi Sukan

PENGENALAN

Unit Fisioterapi Sukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) komited menyediakan rawatan kecederaan, rehabilitasi dan sokongan prestasi kepada atlet pelajar. Dengan kepakaran dalam fisioterapi sukan, kami memastikan setiap atlet mendapat rawatan yang tepat, cepat dan berkesan supaya mereka mampu kembali berlatih dan bertanding pada tahap optimum.

Objektif

Unit Fisioterapi Sukan ditubuhkan bagi memastikan setiap atlet SSBJ mempunyai akses penuh kepada rawatan pemulihan profesional dan langkah pencegahan kecederaan. Objektif utama kami ialah:

01

Memberi rawatan pemulihan kecederaan sukan secara holistik.

02

Menyokong atlet kembali ke prestasi optimum dalam masa yang selamat.

03

Melaksanakan pemeriksaan awal bagi mengenal pasti risiko kecederaan.

04

Menyediakan pendidikan mengenai penjagaan tubuh & pencegahan kecederaan.

05

Bekerjasama rapat dengan jurulatih dalam pemantauan kecergasan atlet.

06

Membangunkan program pemulihan individu mengikut tahap kecederaan.

Perkhidmatan Unit Fisioterapi Sukan

01

Penilaian & Diagnosis

Menganalisis kecederaan dan punca masalah.

02

Terapi manual

Urutan, mobilisasi sendi, dan manipulasi tisu lembut.

03

Senaman teraputik

Latihan khusus untuk menguatkan, meregang, dan memulihkan fungsi.

04

Modality fizikal

Penggunaan haba (heat therapy), sejuk (cold therapy), ultrasound, atau TENS untuk mengurangkan sakit dan keradangan.

05

Rehabilitasi sukan

Program pemulihan yang spesifik untuk persediaan kembali ke sukan.

06

Pengurusan kecederaan

Memberi nasihat tentang kepentingan pencegahan kecederaan dan kaedah menguruskan kecederaan sukan.

07

perkhidmatan “on-field”

Memberi perkhidmatan “on-field” kepada pasukan semasa atlet bertanding di dalam atau di luar negara.

Proses Rawatan

Masa rawatan

Isnin - Khamis

8:30 pagi - 1:00 petang

2:00 petang - 4:30 petang

Jumaat

8:30 pagi - 12:15 tengah hari

2:45 petang - 4:30 petang

CATATAN :

Semasa kelas akademik berlangsung pelajar tidak dibenarkan berurusan di bilik rawatan kecuali kes kecemasan.

Anggota Unit

MOHD ZULFIKRI AZIZ BIN ABD RANI

EVIKA JESICA JIKAL

VEEVEAN NATASHA KANDU ANAK RAMSAY